Cari Blog Ini

Khamis, 25 Januari 2018

7 MAKANAN UTAMA YANG MENYEBABKAN JERAWAT

7 MAKANAN UTAMA YANG MENYEBABKAN JERAWAT...LET'S CEKEDOUT..!!

Jerawat adalah masalah kulit yang dialami lebih dari 10% penduduk dunia.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan jerawat termasuk penghasilan sebum dan keratin, bakteria. hormon, liang tersumbat dan keradangan.

Saya nak share 7 makanan yang menyebabkan jerawat dan mengapa kualiti makanan dalam diet anda sangat penting.

1. KARBOHIDRAT RINGKAS DAN GULA

Makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas adalah seperti
- Roti, crackers, cereal atau dessert diperbuat dari tepung putih
- pasta diperbuat dari tepung putih
- nasi putih dan mi dari tepung beras
- minuman soda dan minuman manis
- gula tambahan seperti gula tebu, sirap maple, madu

Gula yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan tahap insulin meningkat. Insulin akan menyebabkan hormon androgen makin aktif dan jerawat mudah terjadi.

2. PRODUK TENUSU

Susu meningkatkan tahap insulin dalam darah dan memburukkan lagi masalah jerawat.

3. FAST FOOD

Masalah jerawat berkait rapat dengan fast food yang mengandungi tinggi kalori, lemak dan karbohidrat ringkas.

4. MAKANAN YANG TINGGI OMEGA 6

Makanan yang mengandungi tinggi omega 6 seperti tipikal diet Western ada kaitan dengan peningkatan keradangan dan jerawat.
Ketidakseimbangan omega 3 dan omega 6 akan menyebabkan badan dalam keaddan keradangan, memburukkan lagi masalah jerawat.

5. COKLAT

Pengambilan coklat yang banyak ada kaitan dengan masalah jerawat.

6. WHEY PROTEIN POWDER

Protein whey kaya dengan amino acid leucine dan glutamine di mana amino acid ini merangsang pertumbuhan sel2 yang menyebabkan jerawat.
Protein whey juga meningkatkan tahap insulin yang ada kaitan dengan jerawat.

7. MAKANAN YANG ANDA SENSITIF

Jerawat adalah bermula dari masalah keradangan. Keradangan boleh terjadi daripada makanan yang kita sensitif (delayed hypersensitivity reaction). Ini berlaku bila sistem imun salah tafsir makanan sebagai ancaman dan melakukan serangan imun yang akan menyebabkan keradanagan berlaku.

Bagaimana nak elakkan jerawat? Ubah tabiat pemakanan anda!
Makan daripada kumpulan makanan yang mengandungi omega 3, probiotik, teh hijau, buah buahan dan sayuran.
#jerawat

Shared by Dr. Bustari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan