Cari Blog Ini
Rabu, 31 Januari 2018
APA ITU MERUANG??..😀
🚩Maksud Meruang Faraj
Meruang faraj adalah proses mengeluarkan sisa kotoran dari dalam faraj dengan menggunakan jari telunjuk. Bagi sesiapa yang belum pernah buat mungkin terasa ngilu kan? Tak mengapa lama-lama kita akan terbiasa.
Sekiranya masih anak dara,cukuplah sekadar meruang hingga ruas 1 sahaja, bagi yang dah berkahwin meruang hingga ruas 3.
🚩Bila perlu meruang?
meruang perlu dilakukan setiap kali selepas berhadas besar iaitu selepas haid,nifas @ selepas bersetubuh dengan suami.
Jika kita mengamalkan amalan pantang tradisional,bidan-bidan kampung sangat menitik beratkan penjagaan faraj seperti bertangas dan meruang.
Tujuannya adalah:
1. mengelakkan faraj berbau yang tidak menyenangkan akibat darah nifas
2. mencegah masalah keputihan
3. mencegah penyakit kelamin
4. memantapkan rahim selepas melahirkan
InsyaAllah jika diamalkan dapat memelihara kesihatan rahim.😄
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan